Cari @ Amanz

Microsoft diantara syarikat-syarikat yang bekerja keras untuk mengekang masalah Meltdown dan Spectre yang sedang membelenggu pengguna-pengguna komputer dengan cip pemprosesan Intel dan AMD.

Akan tetapi, komputer-komputer dan juga mesin pelayan yang memuat turun dan mengemaskini peranti-peranti mereka akan berhadapan dengan masalah prestasi pula.

Terkini, seorang pengurus pembangunan di Microsoft yang bernama Mehmet Iyigun baru sahaja berkicau di Twitter, dan menyatakan bahawa untuk pengguna Windows 10 sekurang-kurangnya, Microsoft bakal hadir dengan kemaskini pada awal tahun 2019 yang akan mengurangkan masalah prestasi CPU-CPU yang sedia ada.

Menurutnya lagi, kemaskini terbaru tersebut akan menggunakan teknik Retpoline oleh Google untuk mengekang serangan Spectre Type 2. Menariknya, kemaskini ini juga dikatakan tidak memerlukan kemaskini mikrokod oleh Intel ataupun AMD, dan boleh dimuat-turun terus oleh para pengguna Windows 10 apabila ia sedia dikeluarkan oleh Microsoft.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd