Asus Zen AiO 27 Dilancarkan Dengan Pengecas Nirwayar Terbina

Asus Zen AiO 27 Dilancarkan Dengan Pengecas Nirwayar Terbina

Diterbitkan pada Okt 23, 2018 oleh .

Sekiranya anda mahukan desktop yang lebih kemas, komputer semua dalam satu (AIO) ialah pilihan paling bijak. Terdapat banyak AIO di pasaran namun tidak semuanya boleh digunakan untuk sesi permainan video tegar. Semalam Asus Zen AiO 27 telah dilancarkan dengan spesifikasi yang membolehkan ini dilakukan tanpa masalah.

Ia dilengkapi skrin 27″ 4K sesentuh, dijana pemproses Intel Corei7-8700T, memori sebesar 16GB DDR4 RAM, storan SSD 512GB PCIe, storan HDD 2TB dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050. Selain rekaan yang padat kemas, Zen AiO 27 turut mempunyai pengecas nirwayar Qi terbina pada bahagian tapak. Ia mengecas peranti pada kuasa 7.5W.

Sebuah kamera infra merah turut disertakan bagi menyokong sistem imbasan wajah Windows Hello. Sistem audio pula menggunakan pembesar suara Harman Kardon. Asus Zen AiO 27 dijual pada harga $1999 (~RM 8321).


TIPS & ULASAN