Cari @ Amanz

Realme Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal November 2018 Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Realme merupakan salah satu sub-jenama dibawah Oppo, dan telah dilancarkan di India sebelum ini. Selepas populariti pelancaran di India, sebelum ini Realme turut telah memperluaskan penawaran ke pasaran Indonesia, dan telah mengatakan mereka akan menawarkan produk Realme di Malaysia.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Realme Malaysia mengumumkan mereka akan melancarakn telefon pintar mereka di Malaysia pada November ini – berkemungkinan seawal minggu hadapan.

Melalui jenama Realme, Oppo menawarkan peranti mereka pada harga lebih kompetitif, dan menyasarkan pengguna muda melaluinya. Buat masa ini, ia tidak diketahui model apakah yang akan ditawarkan oleh Realme untuk permulaan ini, tetapi boleh menyasarkan ia adalah dibawah siri Realme 2.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan pelancaran Realme di Malaysia tidak lama lagi.


Komen ()