Cari @ Amanz

OnePlus Melancarkan Beg Galas Baru – Explorer Backpack

Link Copied!

OnePlus selain daripada terkenal dengan peranti OnePlus, mereka turut mempunyai produk seperti topi, baju, dompet dan beg galas. Selang lebih setahun dari beg galas yang memfokuskan untuk kegunaan pelancongan – OnePlus melancarkan OnePlus Explorer Backpack. Ia adalah beg galas yang turut memfokuskan pelancongan, tetapi ia kini lebih besar dan mempunyai banyak ruang.

Beg galas terbaru OnePlus ini turut mempunyai perlindungan untuk gajet-gajet seperti komputer riba, telefon pintar, ruang menyimpan botol air yang dalam tetapi mudah dicapai dan juga ruang untuk menyimpan pakaian basah. Bahan binaan beg galas ini pula menggunakan bahan tahan lasak daripada fabrik CORDURA.

OnePlus Explorer Backpack ini hadir dengan dua warna iaitu Slate Black dan Morandi Green. Kemudian, penutup begnya menggunakan penutup bermagnet FIDLOCK. Penutup ini memudahkan pengguna untuk membuka dan menutup beg dengan satu tangan sahaja.

Beg ini akan mula dijual pada tarikh pelancaran OnePlus 6T iaitu 29 Oktober kelak.


Komen ()