Cari @ Amanz

Google kini telah pun menawarkan kemaskini versi pelayar web terbaru mereka untuk pelbagai sistem operasi, iaitu Chrome 70. Menariknya, bersama-sama dengan Chrome 70, Google turut menyertakan sebuah sokongan baru yang memudahkan anda menggunakan fungsi “Gambar-dalam-Gambar”.

Google Chrome 70

Bagi yang tidak mengenali ciri ini, ia agak popular pada peranti mudah-alih, dimana sesuatu kandungan media dibuka melalui tetingkap kecil – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan aplikasi lain sambil menikmati kandungan media melalui tetingkap kecil berkenaan.

Kini, melalui Chrome 70, ciri berkenaan diperluaskan kepada semua platform, dan membolehkan anda menggunakannya di desktop.

Google Chrome 70

Pengguna yang menggunakan Chrome 70, sudah boleh mengujinya melalui laman ujian khas yang disediakan. Buat masa ini, laman yang hadir dengan sokongan ini secara terbina masih terhad. Mungkin kita perlu nantikan Google implementasikan sokongannya secara terbina pada YouTube untuk melihat ciri ini digunakan secara popular.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd