Kamera Pixii Ialah Yang Pertama Direka Untuk Digunakan Bersama Telefon Pintar

Kamera Pixii Ialah Yang Pertama Direka Untuk Digunakan Bersama Telefon Pintar

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Kamera terbaik yang boleh anda gunakan ialah kamera yang sentiasa berada bersama anda. Ini ialah kata-kata mutiara yang kerap kami dengari. Hakikatnya sekarang kamera pada kebanyakan telefon pintar sudah cukup baik untuk menggantikan kamera kompak. Bagi menyaingi telefon pintar, semakin ramai pengeluar kamera menyertakan sokongan telefon pintar pada kamera kompak keluaran mereka bagi memudahkan perkongsian foto ke media sosial misalnya.

Pixii ialah kamera yang direka dengan idea berbeza kerana memang direka khusus untuk digunakan bersama sebuah telefon pintar. Ia tidak mempunyai panel LCD terbina untuk melihat gambar diambil atau slot kad memori. Hanya storan terbina sebesar 8/32GB disertakan. Usai gambar diambil, ia akan dihantar terus ke telefon pintar dan kemudian dilihat terus pada skrin.

Ia hanya mempunyai panel LED kecil untuk memaparkan tetapan kamera dan bateri sebesar 1000 mAh. Ia menyokong lensa M Mount Leica tetapi spesifikasi sensor yang masih diumumkan. Harga serta tarikh jualannya juga belum diumumkan. Dengan Pixii, spesis baru kamera yang perlu ditambat pada sebuah telefon pintar sepanjang masa untuk berfungsi akhirnya menjadi realiti.


TIPS & ULASAN