Carian
BlackShark Helo Dilancarkan – Skrin OLED Tanpa-Takuk, 10GB RAM, Sokongan Gamepad
October 23, 2018 Aman

BlackShark merupakan salah satu jenama dibawah syarikat ekosistem Xiaomi, dimana mereka memfokuskan untuk hadir dengan telefon pintar permainan video. Selepas populariti BlackShark asal sebelum ini, hari ini mereka telah melancarkan telefon generasi kedua mereka, iaitu BlackShark Helo.

BlackShark Helo meneruskan elemen rekaan telefon sebelum ini, tetapi menyertakan sejumlah penambah-baikkan dan penaik-tarafan spesifikasi.

BlackShark Helo

Bercakap mengenai spesifikasi terlebih dahulu, BlackShark Helo hadir dengan skrin 6-inci AMOLED tanpa-takuk (menggantikan penggunaan LCD sebelum ini), dijana cip Snapdragon 845, memori sehingga 10GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh, dan sebuah kekunci khusus untuk mengaktifkan Performance Mode.

Untuk rakaman gambar, BlackShark Helo turut menyertakan dwi-kamera belakang 12MP + 20MP, selain kamera swafoto 20MP.

BlackShark Helo

Menariknya, pada bahagian tepi peranti, BlackShark Helo kini turut menyertakan sebuah lampu LED yang boleh anda sesuaikan paparan warnanya. Dari segi perisian, sokongan Gamer Studio disertakan untuk membolehkan anda mengoptimasikan penggunaan peranti untuk sesuatu permainan video.

BlackShark Helo

BlackShark Helo juga turut menyertakan gamepad yang membolehkan anda mengawal beberapa permainan menggunakan alat kawalan fizikal, sekaligus memberikan pengalaman permainan yang lebih menarik.

BlackShark Helo

BlackShark Helo hanya ditawarkan di China buat masa ini, dimana versi asas dengan 6GB RAM ditawarkan pada harga 3199 Yuan (RM1918). Buat masa ini, harga jualan untuk versi 10GB RAM masih tidak diketahui.

Komen