Carian
iOS 12.1 Akan Menyelesaikan Masalah Kamera Swafoto iPhone XS Dan XR
October 24, 2018 Effi Saharudin

Sejurus selepas iPhone XS dan XS Max mula dijual, beberapa pengguna menyedari gambar swafoto yang diambil kelihatan terlalu lembut. Ada yang mula mengatakan Apple secara senyap memasukkan mod “kecantikan” pada kamera hadapan bagi memberikan fungsi yang seakan sama seperti yang ditemui pada peranti Android.

Menurut The Verge, Apple akan menyelesaikan “masalah” ini menerusi kemaskini iOS 12.1 kelak. Fungsi Smart HDR yang disokong pada iPhone XS dan XS Max dikatakan menyebabkan gambar swafoto kelihatan seperti dicantikkan dengan kulit kelihatan lebih licin dari sebenarnya. Kami sendiri menyedari masalah ini pada gambar swafoto yang diambil menggunakan iPhone XS Max. Adakah pada pendapat anda ini benar-benar sebuah masalah?

Komen