Cari @ Amanz

Motorola Dan iFixit Bekerjasama Menghasilkan Alat Ganti Sendiri

Link Copied!

Motorola adalah jenama yang kini dimiliki oleh Lenovo. Mereka terkenal dengan siri Moto Z iaitu peranti pintar dengan sokongan aksesori modular. Kemudian, iFixit pula adalah satu syarikat yang kerap ‘membedah’ gajet dan juga pakar membaiki. Motorola dan iFixit kini bekerjasama dalam menghasilkan alat ganti sendiri (DIY).

Melalui kerjasama ini, Motorola adalah pengeluar peranti pertama yang membekalkan alat ganti kepada syarikat OEM. Setakat ini, di laman rasmi iFixit terdapat 9 model telefon pintar Motorola seperti Moto Z Play, Moto G5 Plus, Moto G4 dan banyak lagi. Terdapat alat ganti untuk bateri dan skrin dan setiap set alat ganti ini adalah termasuk dengan alatan untuk membantu pengguna membaiki sendiri.

Jadi, pengguna Motorola kini tidak lagi terhad kepada menghantar peranti untuk membaiki di pusat pembaikan Motorola rasmi – tetapi kini boleh membaiki sendiri juga. Dengan kerjasama ini, diharapkan lebih banyak pengeluar turut menawarkan kelebihan seperti ini.


Komen ()