HP Melancarkan Tetikus Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina
Artikel Berkaitan
HP

HP Melancarkan Tetikus Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Penggunaan pengimbas cap jari pada telefon pintar sudah menjadi perkara biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia turut disertakan pada peranti kelas permulaan. Pada komputer, ia masih hanya disertakan pada model tertentu dan model berspesifikasi tinggi. Bagi mereka yang inginkan pengimbas cap jari pada komputer, ia kini boleh dilakukan menerusi tetikus terkini keluaran HP.

HP USB Fingerprint Mouse dilancarkan semalam dengan pengimbas cap jari pada bahagian atas tubuh. Apabila disambungkan kepada sebuah komputer, ia akan menyokong sistem Windows Hello yang disokong pada kesemua komputer Windows 10. Sistem laser yang digunakan mempunyai kepekaan sehingga 1600 DPI. Bagi yang berminat HP USB Fingerprint Mouse akan dijual pada harga $49 (~RM 204) bermula Disember ini.


TIPS & ULASAN