Carian
HP
Monitor HP EliteDisplay E243d Hadir Dengan Kamera Web Yang Boleh Disorok
October 24, 2018 Effi Saharudin

Tular dua tahun lalu apabila Mark Zuckerberg dilihat meletakkan pelekat pada kamera web komputer riba beliau. Ironi di sini ialah seorang yang ingin mengetahui selok belok pengguna laman media sosial beliau sedikit paranoid mengenai diri sendiri diintai. Oleh itu pelbagai aksesori menutup kamera web kini boleh dibeli. Bagi yang risau tentang privasi, HP EliteDisplay E243d Docking Monitor hadir dengan kamera web yang boleh disorok.

Monitor sebesar 17″ dengan resolusi HD penuh ini direka untuk insan yang lebih selesa menyambungkan sebuah komputer riba seperti di pejabat misalnya. Ia hanya menyokong sambungan USB-C yang membolehkan komputer riba dicas pada waktu yang sama.

 

Kamera web 720P pada bahagian atas boleh disorok ke dalam tubuh monitor apabila tidak digunakan. Sekaligus mengurangkan kegelisahan pergerakan peribadi diintai oleh pihak yang tidak diingini. HP EliteDisplay E243d Docking Monitor akan dijual pada harga $329 (~RM 1369) bermula Disember.

Komen