Cari @ Amanz

Misfit adalah satu jenama yang memfokuskan rekaan yang minimalistik dan ringkas. Misfit sebelum ini terkenal dengan jam tangan analog dan juga jam tangan hibrid. Tetapi mereka juga mempunyai jam tangan pintar iaitu Misfit Vapor. Kini, pengganti kepada Misfit Vapor telah hadir iaitu Misfit Vapor 2 – sepasang jam tangan pintar Wear OS yang masih dijana dengan cip pemproses yang lama.

Misfit Vapor 2 hadir dengan dua saiz iaitu 41mm dan 46mm rekaan bukat dan menggunakan skrin OLED. Jam tangan pintar ini kini menyokong NFC untuk pembayaran nirtunai dan juga GPS untuk tujuan menjejak. Tetapi sayang sekali, ia masih dijana dengan Snapdragon 2100 dan bukannya 3100 – jadi banyak fungsi/ciri baru Wear OS mungkin tidak dapat digunakan.

Misfit Vapor 2 menggunakan pengecas magnetik tersendiri dan turut hadir dengan beberapa muka jam khas rekaan Misfit sendiri yang tampak premium dan ringkas. Ia akan dijual pada harga bermula $249.99 iaitu sekitar RM1040 untuk variasi asas dan variasi tali jam besi adalah sekitar RM1124.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd