Media Prima Menandatangani Kerjasama Dengan DailyMotion

Media Prima Menandatangani Kerjasama Dengan DailyMotion

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Televisyen sudah berevolusi dengan majoriti pengguna kini lebih selesa menstrim kandungan. Era menonton rancangan kegemaran pada waktu dan hari tertentu kini sudah hampir pupus. Menyedari hakikat ini, syarikat media tempatan turut mula menawarkan kandungan mereka di atas talian.

Media Prima hari ini mengumumkan kerjasama dengan DailyMotion bagi menawarkan kandungan mereka pada platform penstriman ini. Menerusi memorandum persetujuan yang ditandatangani, kandungan dari TV3, NTV7, 8TV, TV9, CJ Wow Shop dan Tonton boleh distrim di DailyMotion. Siaran langsung Anugerah Skrin 2018 juga bakal distrim menerusi DailyMotion kelak. Dengan kerjasama ini, Media Prima berharap dapat mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat dengan capaian digital ketiga tertinggi di Malaysia.


TIPS & ULASAN