Google Assistant Dikemaskini – Kini Mengintegrasi Banyak Aplikasi Penyenaraian Dan Nota

Google Assistant Dikemaskini – Kini Mengintegrasi Banyak Aplikasi Penyenaraian Dan Nota

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Google Assistant semakin lama semakin pintar. Google mengemaskini pembantu maya mereka ini untuk memudahkan lagi pengguna. Sudah banyak perubahan yang berlaku sebelum ini, dan kini Google menambah pengintegrasian aplikasi penyenaraian dan nota.

Untuk mengaktifkan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu membuka tetapan aplikasi Google, pergi ke Services dan pilh List & Notes. Pengguna akan lihat pilihan ‘Google Keep’ atau ‘None’. Dengan fungsi ini diaktifkan, perkhidmatan menyenarai senarai barang yang ingin dibeli, membuat nota dan lain-lain boleh digunakan dengan hanya arahan suara. Fungsi ini juga turut menyelarikan nota dari Google Keep dengan Google Assistant. Menarik sekali, ia bukan sahaja terhad kepada Google Keep, tetapi juga aplikasi nota lain seperti Any.do, todoist, AnyList dan banyak lagi.

Buat masa ini, ia hadir secara berperingkat kepada pengguna dengan aplikasi Google versi 8.33 yang digunakan pada peranti Android 6.0 Marshmallow ke atas.


TIPS & ULASAN