Huawei Menambah Lebih 10 Peranti Untuk Program EMUI 9 Beta Berasaskan Android Pie

Huawei Menambah Lebih 10 Peranti Untuk Program EMUI 9 Beta Berasaskan Android Pie

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

EMUI 9 adalah sistem operasi berasaskan Android Pie daripada Huawei. EMUI 9 mula diperkenalkan pada pelancaran Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20X baru-baru ini. Kini, lebih banyak peranti Huawei akan dapat merasai pengalaman Android 9.0 Pie melalui program EMUI 9 beta yang baru sahaja dilancarkan oleh Huawei.

Program ini menyokong sebanyak 13 jenis peranti Huawei. Iaitu,

  1. Huawei Mate 10
  2. Huawei Mate 10 Porsche Design
  3. Huawei Mate 10 Pro
  4. Huawei Mate RS Porsche Design
  5. Huawei P20
  6. Huawei P20 Pro
  7. Honor 10
  8. Honor View 10
  9. Honor V10
  10. Honor Play

10 peranti adalah untuk fasa pertama. Manakala,

  1. Huawei Mate 9
  2. Huawei Mate 9 Porsche Design
  3. Huawei Mate 9 Pro
  4. Huawei P10
  5. Huawei P10 Plus
  6. Huawei Nova 3
  7. Huawei Nova 2S
  8. Honor Note 10
  9. Honor V9
  10. Honor 9
  11. Huawei MediaPad M5 8.4
  12. Huawei MediaPad M5 10.8
  13. Huawei MediaPad M5 Pro 10.8

Manakala senarai ini pula adalah pada fasa kedua.

EMUI

EMUI 9 akan hadir dengan lebih banyak pengoptimasian seperti sokongan ‘Performance Mode’ untuk menambah prestasi peranti, beberapa ciri Android Pie dan banyak lagi. Jika anda adalah pengguna peranti Huawei yang saya senaraikan di atas, boleh pergi ke pautan khas Huawei untuk mencuba EMUI 9 beta.

Cuba EMUI 9 Beta Android Pie Di Sini


TIPS & ULASAN