Fungsi Night Sight Pixel 3 Kini Boleh Dicuba Pada Semua Peranti Pixel

Fungsi Night Sight Pixel 3 Kini Boleh Dicuba Pada Semua Peranti Pixel

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Night Sight adalah mod mengambil gambar waktu malam atau dalam keadaan cahaya gelap pada Pixel 3. Ia boleh dikatakan adalah hampir sama dengan fungsi pada Huawei P20. Kenapa? Kerana pengguna tidak memerlukan tripod untuk mengambil gambar yang terang dalam cahaya yang gelap.

Akan tetapi, fungsi Night Sight ini masih belum lagi boleh digunakan secara rasmi – walaupun peranti pengguna tersebut adalah Google Pixel 3. Kerana Google hanya akan mengemaskini Google Camera dengan fungsi ini bermula bulan hadapan. Seorang pembangun, cstark27 yang terkenal dengan pembangunan GCam untuk banyak peranti – berjaya menukar kod dalam .APK terkini Google Camera dan mengaktifkan Night Sight.

Night Sight secara asasnya menggunakan algoritma kecerdasan buatan yang mengumpul cahaya untuk menghasilkan gambar yang lebih terang dan noise yang kurang. Disebabkan fungsi ini masih belum diaktifkan oleh Google lagi, jadi algoritma pada versi stabil atau apabila Google akan aktifkan kelak mungkin lebih baik dan pantas.

Jadi, pengguna Google Pixel, Pixel 2 dan Pixel 3 kini boleh menggunakannya. Dengan fungsi ini, gambar lowlight kini akan lebih cantik, jelas, kurang noise dan lebih sedap mata memandang. Ia ibarat waktu malam itu menjadi siang.

Buat masa ini, ia hanya boleh digunakan pada siri peranti Pixel sahaja. Kelak kita mungkin akan  lihat kehadiran GCam dengan Night Sight hadir pada lebih banyak peranti seperti Poco F1, OnePlus 6 dan lain-lain.

Muat Turun: Google Camera versi cstark27 Di Sini


TIPS & ULASAN