Cari @ Amanz

Sebelum ini, Shopee pernah hadir dengan Shopee 9.9 Super Shopping Day yang berlangsung pada September lepas. Kali ini, Shopee kembali lagi dengan pesta beli-belah hujung tahun mereka, Shopee 11.11 Big Sale bermula dari 25 Oktober sehingga 11 November ini.

Pelbagai tawaran aktiviti dan hadiah menarik menanti pengguna Shopee, di mana anda boleh mendapatkan barangan dari jenama-jenama terkemuka tanpa penambahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Selain itu, Shopee turut menganjurkan promosi mengikut tema hari serta tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta menerusi aplikasi Shopee Shake.

Shopee 11.11 Big Sale ini merupakan anjuran kali ketiga oleh Shopee yang menampilkan lebih 100 jenama dan 15,000 penjual di platform atas talian milik Shopee. Lebih 50 jenama utama termasuk Siti Khadijah, Maybelline dan Vivo turut memberi kerjasama terhadap Shopee dalam menyerap kos SST bagi lebih daripada 1,000 produk bersempena dengan Single’s Day (Hari Bujang) sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna untuk membeli barangan kegemaran mereka.

Dalam acara ini juga, Shopee tidak ketinggalan dalam mengukuhkan kerjasama mereka bersama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk membawakan acara Shopee 11.11 KLFW Runway Night yang menampilkan beberapa jenama fesyen yang pertama kali menyertai Shopee 11.11 Big Sale. Antara jenama tersebut ialah Poplook dan MIKASERIES by Zoey Rahman. Di samping itu, pengguna juga boleh menantikan tawaran eksklusif dari Shopee Celebrity Squad untuk jenama milik selebriti-selebriti seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Nora Danish.

Bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah kepada pengguna, Shopee sekali lagi meningkatkan kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri iaitu Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka dan banyak lagi. Servis penghantaran percuma daripada jenama seperti Nestle, PETPET dan Watson turut ditawarkan kepada semua pembeli di laman e-dagang Shopee. Ketika Jualan Kilat Shocking Sale, para pembeli boleh menikmati tawaran serendah RM1.10 untuk barangan tertentu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Shopee 11.11 Big Sale, anda boleh layari laman web rasmi Shopee dan muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store dan Google Play.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd