Carian
Google Kini Memudahkan Anda Melihat Dan Memadam Data Berkaitan Sejarah Carian Anda
October 24, 2018 Aman

Google sedia mempunyai halaman pemuka khusus yang membolehkan anda menguruskan pelbagai data anda yang dikumpulkan oleh enjin carian berkenaan. Walaubagaimanapun, sebelum ini ia mungkin sedikit mencabar untuk mencari pautan khusus untuk memadam data berkenaan sejarah carian anda di laman carian berkenaan.

Kini, Google dilihat mempermudahkan lagi halaman berkenaan, dan memudahkan anda melihat data carian yang dikumpulkan oleh Google berkenaan carian yang dilakukan anda. Pada masa yang sama, pengguna boleh memilih untuk memadam data yang dihimpunkan dengan mudah melalui butang khusus yang disediakan pada halaman berkenaan.

Pada masa yang sama, pengguna turut boleh menyemak bagaimana data mereka membantu paparan carian yang lebih baik di Google.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Google MyActivity hari ini.

Komen