Samsung telah sedia diketahui sedang membangunkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat. Pengeluar dari Korea Selatan tersebut dijangka memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat ini seawal bulan hadapan.
Namun, menariknya, selain daripada telefon pintar, kini melalui laporan baru yang hadir, Samsung dipetik mengatakan mereka sedang membangunkan komputer riba dengan skrin boleh-lipat.
Hal ini sekaligus membolehkan penawaran bentuk baru komputer riba yang berbeza berbanding hari ini, selain pada masa yang sama menawarkan pengalaman pengguna yang baru.
Ia secara tidak langsung turut akan membantu dalam mengubah peranti dua-dalam-satu yang terdapat di pasaran hari ini. Secara tidak langsung, ia juga akan membolehkan komputer riba ini dibawa kemana-mana dengan lebih mudah.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperlihatkan prototaip awal komputer riba dengan skrin fleksibel ini. Tetapi, perkembangan ini semestinya suatu perkara yang menarik untuk diikuti.