Carian
Samsung Bakal Hadir Dengan Penawaran UFS 3.0 Untuk Telefon Pintar Pada 2019
October 24, 2018 Aman

Pada awal tahun ini, kita telah melihat piawaian UFS 3.0 diumumkan secara rasminya, dimana ia menawarkan sokongan membaca dan menulis yang lebih laju, selain penggunaan tenaga yang lebih efisyen. Kini, lanjutan daripadanya, Samsung mengumumkan mereka akan menawarkan storan berasaskan UFS 3.0 untuk telefon pintar pada 2019 kelak.

Berkongsi pada acara Qualcomm 4G/5G Summit, Samsung mengatakan kelak UFS 3.0 akan hadir dalam pilihan storan 128GB, 256GB dan juga 512GB.

UFS vs eMMC

Secara kasar, ia dijangka menawarkan kadar pindaan data mencapai lebih dua kali ganda berbanding versi sebelum ini – sekaligus membolehkan anda membuat lebih banyak perkara dengan pantas pada telefon pintar anda.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi peranti manakah akan menjadi terawal menggunakannya. Tidak mustahil kita melihat Samsung memperkenalkannya bersama-sama Galaxy S10 atau Note10 yang akan hadir pada tahun hadapan.

Komen