Samsung Mengacah Galaxy A8s – Dijangka Hadir Dengan Teknologi Skrin Baru

Samsung Mengacah Galaxy A8s – Dijangka Hadir Dengan Teknologi Skrin Baru

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Samsung hari ini telah mengadakan acara khas di China dalam memperkenalkan telefon pintar Galaxy A9s yang hadir dengan empat kamera. Menariknya, pada acara berkenaan juga, Samsung mengambil peluang untuk mengacah sebuah lagi telefon pintar dibawah siri Galaxy A yang bakal dilancarkan pada awal 2019 kelak, iaitu Galaxy A8s.

Samsung masih tidak mengatakan apakah yang bakal dibawakan olehnya. Tetapi, melalui gambar acah yang diperlihatkan, ia memberikan petanda Galaxy A8s akan menawarkan nisbah skrin ke badan peranti yang tinggi – dan mungkin menyertakan sokongan teknologi skrin baru. Terdapat spekulasi mengatakan ia akan hadir dengan rekaan skrin menyeluruh dan menggunakan lubang pada skrin atau sensor sebalik skrin sebagai ganti kepada penggunaan takuk.

Pada masa yang sama, ia turut diperkatakan yang mana Galaxy A8s akan menjadi telefon pintar pertama Samsung menggunakan cip Snapdragon 710 terbaru.

Buat masa ini, info berkenaan telefon ini masih samar-samar. Mungkin kita perlu nantikan sehingga awal 2019 kelak untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran baru daripada Samsung ini.


TIPS & ULASAN