Setiap kali peranti baru dilancarkan, syarikat pengeluar akan melantik selebriti atau pemangkin media sosial untuk menjadi duta. Ini diharap dapat membuatkan produk lebih dikenali oleh orang ramai. Penggunaan duta ini kadang kala memberikan kesan negatif apabila mereka didapati menggunakan produk keluaran pesaing. Di Rusia, Samsung telah menyaman duta produk mereka sebanyak $1.6 juta (~RM 6.66 juta) kerana menggunakan iPhone.
https://www.youtube.com/watch?v=ea5BO6qJOfg
Ksenia Sobchak yang merupakan seorang hos TV di Rusia adalah duta Samsung di Rusia. Beliau telah menggunakan sebuah iPhone X kerana ke udara. Ini menurut Samsung telah melanggar kontrak yang ditandatangani ketika dilantik menjadi duta. Di dalam klip video di atas, Ksenia dilihat cuba menyorokkan iPhone X yang digunakan dengan kertas tetapi nyata gagal.
- Kemaskini – Samsung Rusia kini menyangkal laporan mereka akan menyaman Ksenia Sobchak. Apabila dihubungi media, mereka mendakwa sumber asal berita ini adalah menerusi mesej tular yang disebarkan menerusi Telegram. Ia kemudian dilaporkan pula oleh Crimean News Portal pada 17 Oktober lalu yang tidak memetik sebarang sumber.