Grab sedia mempunyai perkhidmatan GrabPay pada aplikasi mereka, dan menariknya kini mereka turut memperluaskan lagi kemudahan pembayaran dengan mengumumkan kerjasama bersama pihak Mastercard.
Melalui kerjasama ini, Grab akan menawarkan kad prabayar maya dan fizikal kepada pengguna, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan kad berkenaan untuk pembayaran di pelbagai kedai fizikal dan atas-talian yang menerima kad Mastercard.
Dengan langkah ini, ia sekaligus memposisikan Grab sebagai salah satu syarikat teknologi kewangan terkemuka di rantau ini – selain pada masa yang sama membuka peluang kepada lebih ramai pengguna di rantau Asia Tenggara untuk mendapatkan kad prabayar dan menggunakannya bagi tujuan pembayaran secara atas-talian mahupun di kedai fizikal.
Grab dan Mastercard dijangka menawarkan kad ini bermula pertengahan awal 2019 kelak – bermula dari Singapura dan Filipina. Ia mungkin turut diperluaskan ke negara-negara lain secara berperingkat selepas itu.