Google Menguji Tema ‘Sand’ Buat Gboard Untuk Selarikan Dengan Pixel 3 ‘Not Pink’

Google Menguji Tema ‘Sand’ Buat Gboard Untuk Selarikan Dengan Pixel 3 ‘Not Pink’

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL hadir dengan warna baru iaitu ‘Not Pink’. Jika diterjemah ia adalah ‘Bukan Merah Jambu’ dan memang benar, warna baru Pixel 3 ini langsung tiada kaitan dengan warna merah jambu. Sebelum ini, warna ‘Not Pink’ ini dikatakan akan digelar sebagai ‘Sand’.

Kini, Google sedang menguji tema warna ‘Sand’ buat aplikasi papan kekunci Gboard untuk selarikan dengan Google Pixel 3 ‘Not Pink’. Selain itu, Gboard terbaru ini juga hadir dengan sokongan menaip menggunakan suara secara luar talian. Sebelum ini, menaip dengan menggunakan arahan suara hanya boleh dilakukan dengan sambungan Internet.

Buat masa ini, ia masih lagi dalam bentuk ujian. Google mungkin akan mula memperkenalkan secara rasmi apabila ia sudah sedia untuk digunakan tanpa masalah.


TIPS & ULASAN