Peranti Dengan iOS 12 Tidak Lagi Boleh Dipintas Menggunakan Alat GrayKey

Peranti Dengan iOS 12 Tidak Lagi Boleh Dipintas Menggunakan Alat GrayKey

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Alat GrayKey digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengakses kandungan di dalam peranti milik suspek jenayah. Apabila disambungkan kepada port pengecasan peranti, GrayKey dapat meneka kata laluan yang digunakan oleh pemilik. Data yang berjaya disedut telah berjaya digunakan untuk mendakwa pengganas dan penjenayah di beberapa negara.

Hari ini menurut laporan Forbes, GrayKey tidak lagi boleh digunakan untuk memintas sistem sekuriti pada peranti yang menggunakan iOS 12. Cara yang digunakan oleh Apple untuk menghalang pintasan sekuriti masih lagi misteri kerana ia bukan secara menyahaktifkan port Lightning yang kemudian berjaya dipintas oleh pembangun GrayKey Jun lalu .

Penganalisa sekuriti mempunyai teori ia mungkin dilakukan dengan mengukuhkan tahap perlindungan kernel. Namun begitu sistem ini juga akan dapat dipintas memandangkan seorang kakitangan GrayKey adalah bekas jurutera sekuriti di Apple.


TIPS & ULASAN