Wiko Memperkenalkan Sunny3 Plus Dengan Android Go Pada Harga RM 249

Wiko Memperkenalkan Sunny3 Plus Dengan Android Go Pada Harga RM 249

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Wiko hari ini telah mengumumkan sebuah lagi telefon pintar terbaru bagi Wiko Y-range, iaitu Wiko Sunny3 Plus. Pada September lepas, Wiko telah melancarkan dua peranti baharu iaitu Wiko View 2 Plus dan Tommy 3 Plus. Kedua-dua peranti ini merupakan telefon pintar mampu milik yang sesuai untuk pengguna yang menginginkan peranti dengan bajet yang rendah.

Sunny3 Plus ini hadir dengan saiz mudah alih yang dilengkapi dengan visual skrin lebar 18:9 pada paparan 5.45 inci. Peranti ini amat sesuai kepada pengguna yang kerap menggunakan telefon pintar mereka untuk melayari internet serta menginginkan keselasaan ketika membaca. Untuk navigasi yang lebih lancar, telefon pintar ini dijana dengan cip pemproses empat teras, storan sebesar 8GB dan sokongan memori kad mikroSD sebesar 64GB.

Menariknya, Sunny3 Plus turut dilengkapi dengan kamera utama adalah sebesar 5-Megapixel dengan sokongan LED Flash manakala kamera hadapan pula sebesar 2-Megapixel. Pengguna juga boleh mendapatkan variasi pilihan foto yang menarik dengan menggunakan beberapa kesan tambahan yang terbina padanya. Bagi kapasiti bateri pula, peranti ini membekalkan kuasa sebesar 2200 mAh serta menggunakan sistem operasi Android Go (Edisi Oreo).

Dengan ini, pengguna boleh menikmati prestasi yang telah dioptimumkan, memori berganda serta kawalan data pantas. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan untuk Wiko Sunny3 Plus ini. Antara warna yang boleh didapatkan oleh pengguna ialah warna Anthracite, Emas, Cherry Red dan Grey. Telefon pintar ini mula dijual pada harga RM249.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Wiko Sunny3 Plus, anda boleh layari laman web rasmi Wiko .

Beli: Wiko Sunny 3 Plus


TIPS & ULASAN