Cari @ Amanz

Mengapa sesetengah pengguna memilih iOS berbanding Android? Selain lebih selesa dengan antaramuka, pengguna juga memilih iOS atas sebab kemaskini yang lebih pantas berbanding Android apabila berlaku kerentanan. Ini ialah masalah pada Android yang sudah berlarutan sejak sistem operasi dihasilkan.

Google Play StoreMenurut laporan The Verge hari ini, Google telah mengemaskini perjanjian dengan pengeluar dan kini mereka wajib memberikan kemaskini sekuriti selama dua tahun pada peranti popular. Bagi melayakkan peranti dikategorikan popular, ia perlu dilancarkan selepas 31 Januari 2018 dan digunakan lebih daripada 100,000 pengguna. Selain itu pengeluar diberikan tempoh masa 90 hari untuk menampal sebarang kerentanan sekuriti yang ditemui.

Kegagalan memenuhi kontrak akan menyebabkan Google berhad menolak pensijilan peranti yang akan dikeluarkan oleh pengeluar di masa ini. Ini boleh menyebabkan GApps dan Play Store tidak boleh digunakan. Ini adalah satu lagi inisiatif Google untuk menyelesaikan masalah kerentanan yang kronik kerana pengeluar gagal memberikan kemaskini. Bagi pengguna ia berita baik kerana memberikan sedikit kelegaan peranti mereka sekurang-kurangnya menerima tampalan sekuriti bulanan selama 24 bulan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd