Carian
DXOMark : Xiaomi Mi MIX 3 Menerima Skor 103
October 25, 2018 Effi Saharudin

Xiaomi Mi MIX 3 telah dilancarkan di Beijing sebentar tadi. Peranti mercu ini unik kerana mempunyai sistem kamera lungsur bagi membolehkan skrin mendominasi 93.4% permukaan hadapan peranti. Seperti biasa apabila peranti baru dilancarkan, markah DXOMark akan diumumkan dan Mi MIX 3 menerima 103 markah.

Ini meletakkannya di tangga kelima peranti dengan kamera terbaik di pasaran setakat ini. Hanya Huawei P20 Pro (109), Apple iPhone XS Max (105), HTC U12+ (103) dan Samsung Galaxy Note 9 (103) terletak lebih tinggi di dalam senarai ini. Pujian diberikan kepada kelajuan memfokus, penghasilan warna yang tepat dan flash yang baik. Kekurangan terletak pada kesan bokeh yang tidak konsisten dan masalah kekaburan dalam situasi pencahayaan yang kurang baik.

Komen