Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Mix 3 Versi 5G Akan Hadir Pada Awal 2019

Oleh Aman

Link Copied!

Bersama-sama pengenalan Xiaomi Mi Mix 3, pihak Xiaomi turut mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Mi Mix 3 versi 5G pada suku pertama 2019 kelak. Dengan pengumuman ini, ia sekaligus menjadikan Xiaomi sebagai pengeluar peranti pertama yang mengumumkan ia secara terbuka berkenaan penawaran peranti 5G mereka.

Xiaomi 5G

Xiaomi Mi Mix 3 hadir dengan rekaan skrin boleh-luncur, menggunakan cip Snapdragon 845, memori sehingga 10GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera di hadapan dan belakang, selain turut hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar. Sokongan dari segi penggunaan modem dan sebagainya untuk 5G ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Harga jualan versi 5G ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


Komen ()