Cari @ Amanz

Grab kini dilihat menguji perkhidmatan penghantaran barangan dan dokumen dengan pantas melalui perkhidmatan mereka, dinamakan sebagai GrabExpress. Perkhidmatan ini dilihat lebih ditujukan untuk syarikat, pejabat, mahupun mereka yang memerlukan khidmat penghantaran barangan dengan pantas ke sesuatu lokasi.

GrabExpress

Dengan GrabExpress, pengguna boleh memasukkan lokasi penghantaran barangan, dan membuat tempahan menggunakan aplikasi Grab seperti biasa. Harga adalah berbeza mengikut destinasi yang dipilih.

Fungsi baru ini dilihat masih diperingkat ujian beta, dan terhad di beberapa kawasan sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd