Asus Melancarkan Pelapik Tetikus Dengan Sokongan Pengecas Nirwayar

Asus Melancarkan Pelapik Tetikus Dengan Sokongan Pengecas Nirwayar

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Sebelum ini, kita telah melihat Corsair dan Xiaomi hadir dengan pelapik tetikus dengan sokongan pengecas nirwayar terbina – sekaligus membolehkan anda meletakkan beberapa peranti pada pelapik berkenaan ketika anda menggunakan komputer, dan ia akan dicas secara automatik.

Asus ROG Balteus Qi

Terkini, Asus turut hadir dengan penawaran mereka tersendiri, dinamakan sebagai ROG Balteus Qi. Melaluinya, ia menawarkan bukan sahaja sokongan pengecasan nirwayar berasaskan Qi, tetapi turut menawarkan lampu RGB yang boleh anda sesuaikan dengan apa yang sedang digunakan pada tetikus. Ia turut menyertakan sebuah port USB 2.0 untuk penggunaan tambahan.

Bersama-sama pengenalan pelapik tetikus ini, Asus turut memperkenalkan ROG Balteus yang menawarkan pelbagai ciri-ciri sama seperti pelapik tetikus asal, tetapi tanpa sokongan nirwayar.


TIPS & ULASAN