WhatsApp Mula Memperkenalkan Sokongan Sticker Untuk Semua Pengguna

WhatsApp Mula Memperkenalkan Sokongan Sticker Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

WhatsApp hari ini telah mengemaskini aplikasi mereka, dan menambah sebuah ciri baru yang mungkin dinantikan ramai, iaitu “Stickers”.

WhatsApp Stickers

“Sticker” merupakan sokongan yang menghantar emoji dengan watak tersendiri pada saiz sedikit besar. Sokongan ini sedia popular pada sejumlah perkhidmatan permesejan lain, termasuk seperti LINE, Telegram dan Facebook Messenger.

Bagi pengguna WhatsApp, anda boleh mengakses ciri ini dengan menekan butang “Emoji” pada bahagian penjuru kiri sebelum menaip mesej, dan seterusnya memilih tab “Stickers”. Pengguna turut boleh memuat-turun sejumlah “Stickers” yang telah disediakan dengan menekan pada butang “+” ketika membuka tab “Stickers” ini.

WhatsApp Stickers


TIPS & ULASAN