Carian
Apple Bakal Membuka Apple Store Kedua Di Asia Tenggara Di Thailand
October 25, 2018 Aman

Apple sebelum ini telah pun membuka kedai fizikal pertama mereka di Singapura pada tahun lepas, sekaligus memperluaskan penubuhan kedai rasmi Apple di rantau Asia Tenggara. Kini, selain Singapura, Apple juga dilihat bakal membuka kedai rasmi kedua di rantau ini secara rasminya di Thailand.

Apple Store ini bakal dibuka di Bangkok, pada 10 November 2018 kelak. Melaluinya, pengguna boleh mencuba produk Apple, selain pada masa yang sama turut mengikuti pelbagai latihan dan program bersama pengguna yang disediakan di sana.

Di Malaysia, ia dilihat Apple masih belum merancang untuk membuka Apple Store rasmi buat masa ini. Walaubagaimanapun, pengguna masih boleh mendapatkan pengalaman seumpama Apple Store dengan ke kedai pengedar rasmi Apple seperti Machines, Switch dan sebagainya. Ia juga akan menjadi salah satu tanda tanya yang menarik untuk melihat negara ketiga di Asia Tenggara yang menerima Apple Store rasmi ini.

Komen