TuneTalk kini hadir dengan sebuah pelan baru dinamakan VIP (Value Incredible Plan), dimana melaluinya mereka menawarkan data sebanyak 2GB dan juga panggilan suara tanpa had, pada harga langganan hanya RM10 sebulan.
Walaubagaimanapun, pelan ini ditujukan kepada mereka yang berusia lebih 60 tahun, atau mereka dengan kelainan upaya sahaja.
Pelan ini menawarkan panggilan tanpa had kepada antara pengguna TuneTalk, selain data 2GB untuk digunakan setiap bulan. Pada harga RM10 sebulan, ia boleh dikatakan antara penawaran yang menarik untuk kekal berhubung sepanjang bulan.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran pelan ini melalui laman TuneTalk hari ini.