Cari @ Amanz

Nubia Red Magic 2Nubia merupakan salah satu jenama telefon pintar yang mana beroperasi dibawah ZTE. Mereka sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti menarik, termasuk salah satu peranti memfokuskan permua dinamakan Red Magic. Terkini, dengan perkembangan pelbagai pengeluar memperkenalkan versi baru peranti mereka, Nubia kini dilihat turut tidak ketinggalan.

Nubia Red Magic baru ini dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Melalui gambar acah yang hadir, peranti baru ini dilihat akan menggunakan cip Snapdragon 845, selain menawarkan pilihan memori sehingga 10GB RAM. Nubia juga dilihat akan mengintegrasikan beberapa ciri-ciri memfokuskan permua, termasuk sokongan pengalaman 4D.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya. Tetapi, ia agak menarik untuk melihat pengeluar peranti berlumba memasukkan spesifikasi yang tinggi, walaupun ia tidak akan digunakan sepenuhnya pada telefon pintar – seperti 10GB RAM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd