Cari @ Amanz

Pengecas Nirwayar Disertakan Dengan Setiap Pembelian Xiaomi Mi MIX 3

Link Copied!

Lazimnya pengecas nirwayar harus dibeli secara berasingan oleh pengguna. Dalam sesetengah kes, pengecas pantas juga terpaksa dibeli berasingan kerana pengeluar ingin mengurangkan harga jualan peranti. Xiaomi melakukan sesuatu yang unik dengan Mi MIX 3 kerana menyertakan bukan sahaja pengecas pantas tetapi pengecas nirwayar dengan setiap pembelian.

Pembeli akan menerima pengecas berwayar QuickCharge 3.0 dan pengecas nirwayar 10W di dalam setiap kotak. Ini kali pertama dalam ingatan kami dua jenis pengecas diberikan serentak. Jika anda bernasib baik, pengecas nirwayar diberikan bagi pelanggan yang melakukan pra-tempahan. Jika Xiaomi boleh melakukannya, apa alasan pengeluar lain untuk tidak melakukan perkara yang sama?


Komen ()