Carian
Google Perkenalkan Pintasan “Doc.New” Untuk Memudahkan Anda Membuat Dokumen Baru
October 26, 2018 Aman

Google hari ini mengumumkan pintasan URL dengan akhiran .NEW untuk memudahkan anda membuat sesuatu dokumen dengan pantas dan cepat pada pelayar web.

Sebagai contoh, menaip doc.new pada bar URL, ia akan membuka halaman membuat dokumen baru, sementara slide.new akan memudahkan anda membuat fail pembentangan dengan pantas.

Pintasan lain yang turut disediakan Google adalah termasuk sheet.new, form.new, site.new – masing-masing untuk membuat dokumen hamparan, borang atas-talian dan juga laman web.

Bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan Google Docs dan bertugas menggunakan pelayar web, pintasan domain ini semestinya akan membantu anda mengingati kemudahan untuk mengakses dan membangunkan dokumen anda.

Komen