Carian
Lukisan Yang Dihasilkan Menggunakan Kecerdasan Buatan Berjaya Dilelong Pada Harga RM 1.8 Juta
October 26, 2018 Effi Saharudin

Adakah kecerdasan buatan mempunyai bakat seni seperti seorang manusia? Sekiranya ya, adakah hasil seni yang dihasilkan setaraf dengan yang dihasilkan menggunakan tangan manusia? Ini adalah persoalan penting di dalam dunia seni kerana majoriti merasakan seni digital tidak setaraf dengan seni tradisional. Christie’s, rumah lelongan ternama dunia telahpun berjaya melelong lukisan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan pada harga $432,500 (~RM 1.8 juta) semalam.

Lukisan yang diberi nama Edmond de Belamy, from La Famille de Belamy di atas dihasilkan menggunakan algoritma dan kecerdasan buatan. Ia kemudian dicetak sebelum dilelong oleh Christie’s. Harga yang dicatatkan ini lebih tinggi dari anggaran asal iaitu $10,000. Lelongan ini menimbulkan kontroversi kerana menggunakan kod sumber terbuka yang ditulis oleh Robbie Barrat. Tidak diketahui sama ada Barrat akan menerima sedikit bayaran kerana hasil kerja beliau telah digunakan untuk menghasilkan Belamy. Di dalam lelongan yang sama karya artis terkemuka Andy Warhol dan Roy Lichtenstein gagal mencecah harga yang sama.

Komen