Dua Pengecas Nirwayar Nokia Tersenarai – Khusus Untuk Nokia 9?

Dua Pengecas Nirwayar Nokia Tersenarai – Khusus Untuk Nokia 9?

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

Nokia 9 adalah peranti mercu Nokia yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Ia hadir dengan 5 kamera. Jika dilihat pada imej yang tertiris, ia kelihatan unik dan menarik.

Nokia 9 turut mungkin akan menyokong pengecasan nirwayar, kerana dua pengecas nirwayar jenama Nokia tersenarai dalam laman Wireless Power Consortium. Satu adalah Nokia DT-500 dan lagi satu adalah Nokia DT-10W. DT-500 dilihat adalah seperti sebuah power bank yang menggunakan port USB-A dan USB-C dan juga menyokong pengecasan nirwayar. Manakala, DT-10W dilihat adalah sebagai satu pengecas nirwayar biada. Kedua-dua tema warna pengecas nirwayar ini dilihat adalah kebiruan.

Tidak pasti bila ia akan mula dijual atau diperkenalkan. Tetapi ini adalah satu perkara menarik buat jenama Nokia yang diuruskan oleh HMD Global.

Sumber: [1], [2]


TIPS & ULASAN