Paparan Skrin ASUS ROG STRIX XG49VQ Diperlihatkan – Paparan Gaming Super Ultrawide

Paparan Skrin ASUS ROG STRIX XG49VQ Diperlihatkan – Paparan Gaming Super Ultrawide

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

Paparan skrin gaming dengan resolusi besar dan kadar segar semula yang laju kini boleh dikatakan sesuatu yang semakin biasa di kalangan penggemar permainan komputer. ASUS sebuah syarikat yang tidak asing lagi dengan siri paparan gaming mereka yang serba besar dan mahal.

ASUS baru sahaja memperlihatkan paparan skrin terbaru mereka, ASUS ROG STRIX XG49VQ di acara Incredible Intelligence mereka, dan ia hadir dengan beberapa ciri yang boleh dikatakan agak menarik.

Paparan ROG STRIX XG49VQ ini bersaiz 49 inci dan hadir dengan ratio 32:9, yang dipanggil Super Ultrawide, dan mempunyai resolusi DFHD, ataupun Double Full HD (3840 x 1080 pixel). Dengan kadar segar semula 144Hz, paparan ini boleh digunakan untuk pelbagai tugasan dengan satu skrin sahaja, ataupun untuk bermain permainan komputer yang boleh memanfaatkan skrin lebar ini.

Ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti AMD FreeSync 2, sokongan untuk HDR melalui piawaian VESA Display HDR 400, dan juga aplikasi-aplikasi gaming seperti ShadowBoost, GameVisual dan AppSync.

Buat masa ini, pihak ASUS masih belum mengesahkan lagi jika paparan ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN