Pada awal bulan September, Lenovo Z5 Pro telah tertiris. Ia memperlihatkan telefon pintar dengan rekaan boleh luncur. Kemudian laporan mengatakan ia akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Tetapi, nampaknya akan terdapat sedikit tangguhan – kerana poster acah terbaru dari Lenovo memperlihatkan peranti ini akan dilancarkan pada 1 November.
Mengejutkan, Lenovo yakin di mana peranti mereka dikatakan aakan mempunyai nisbah skrin-ke-badan 100%. Secara teorinya, untuk teknologi sekarang ia masih mustahil. Mungkin, Lenovo apa yang Lenovo ingin sampaikan adalah hampir 100% dan bukannya 100%. Buat masa ini, Xiaomi Mi Mix 3 yang baru dilancarkan mempunyai nisbah skrin-ke-badan sehingga 93.7%. Adakah Lenovo Z5 Pro boleh capai lebih dari ini?
Menurut laporan lagi, Lenovo Z5 Pro akan dijana dengan Snapdragon 845 dan menggunakan RAM 8GB. Selain itu ia akan menggunakan rekaan boleh luncur untuk sembunyikan kamera. Tetapi masih tidak pasti sama ada ia mempunyai magnet seperti Mi Mix 3 atau tidak.
Sama-sama kita nantikan dan harapnya, Lenovo tidak menipu lagi seperti apa yang mereka acah buat Lenovo Z5 sebelum ini.