Bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Alibaba, Alibaba Group mengadakan jualan tahunan pada 11 November atau lebih dikenali dengan 11.11. Alibaba 11.11 Global Shopping Festival 2018 yang diadakan oleh Alibaba ini disambut selama 24 jam, dengan menawarkan promosi untuk lebih dari 500,000 item yang boleh di pra-tempah di pasaran utama Alibaba. Festival ini akan berlangsung selama tiga minggu bermula 20 Oktober ini dan untuk kali ini, Alibaba turut melaksanakan promosi pemasaran secara interaktif serta memastikan pengguna boleh merasai pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan.
Festival jual-beli Tmall ini merupakan festival terbesar tahun ini yang mana Alibaba menggabungkan sistem atas talian (online) dan luar talian (offline) di dalam satu tempat yang mana ia mampu meningkatkan pengalaman pengguna. Di Malaysia, pelbagai inisiatif pemasaran interaktif dirancang termasuk program rujukan rakan Taobao Lite (Taobao Lite Friend Referral), tawaran kepada ahli baru serta acara interaktif luar talian di Menara Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2018.
Antara tawaran yang boleh dinikmati bersempena festival 11.11 ini ialah penawaran baucer harian sehingga 50% diskaun untuk direbut dari Tmall Signature pada Taobao. Alibaba turut menyediakan kupon jualan bermula 1 hingga 10 November 2018, yang mana pengguna boleh mengumpul kupon dari jenama dan kedai kegemaran mereka dan mendapatkan tawaran yang lebih menarik pada 11 November.
Bagi pengguna yang menggunakan kad kredit, anda akan menikmati pengecualian tanpa had ke atas bayaran transaksi. Untuk 150,000 bayaran transaksi perbankan yang pertama akan dikecualikan untuk pembelian yang dibuat pada 11 November.
Menariknya, selain jualan, Alibaba turut berusaha untuk menghantar barangan secara percuma untuk Tmall Signature Store terpilih pada 11.11 atau 11 November. Pengguna boleh menikmati penghantaran percuma untuk lebih 2,500 item kepada pembeli yang membeli di Tmall Signature Store.
Dengan ini, dalam menjadikan pengalaman membeli-belah pengguna menjadi lebih baik Alibaba 11.11 Global Shopping Festival dilihat bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan pada harga rendah, tetapi ia turut menjadikan jualan luar talian lebih mudah dengan adanya penggunaan teknologi mudah-alih.
Untuk sebarang informasi mengenai 11.11 Global Shopping Festival, anda boleh layari laman rasmi Taobao atau muat turun aplikasi Mobile Taobao and Taobao Lite.
- Layari: Laman rasmi Taobao
- Muat-turun: Aplikasi Taobao (Android)
- Muat-turun: Aplikasi Taobao (Apple)