Cari @ Amanz

Android Oreo (Go Edition) adalah sistem operasi pertama dalam siri ‘Go Edition’. Sistem operasi Android ini adalah versi yang telah dioptimasikan untuk peranti dengan RAM kurang dari 1GB. Untuk versi Pie, ia mula dilihat pada dua bulan lepas. Kini peranti pertama yang menjalankan sistem operasi ini kelihatan – Blu Vivo Go.

Blu Vivo Go dijana dengan cip MediaTek MT6739, memori 1GB RAM dan storan dalaman 16GB dan sokongan kad mikroSD. Untuk skrin, ia menggunakan 6.0-inci resolusi HD tanpa takuk. Bateri pula adalah 2600mAh. Ia menggunakan sistem dwi-kamera gabungan sensor 8+0.3 megapixel dan kamera swafoto 8 megapixel.

Menariknya, ia dijual pada harga hanya $89.99 iaitu sekitar RM375 dan pembeli turut akan menerima, pelindung skrin, kerangka pelindung dan juga set fon telinga. Ia akan mula dijual di Amazon bermula bulan hadapan.

*Sumber sudah membuang artikel ini, tiada sebab diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd