Carian
U Mobile “Mengejek” Celcom Kerana Salah Guna Gambar
October 26, 2018 Aman

Perang antara syarikat telekomunikasi bukan sesuatu yang asing. Selain daripada perang dari segi pelan, mereka juga bersaing dalam pelbagai medium berbeza – termasuk dalam media sosial.

Terkini, ia dilihat Celcom telah berkongsi tips berkaitan ciri SOS pada iPhone, tetapi mereka tanpa sedar menggunakan gambar yang mengetengahkan U Mobile sebagai talian telekomunikasi pada iPhone berkenaan.

Celcom U Mobile

Selepas pelbagai komen daripada pengguna berkaitan perkara berkenaan, Celcom seterusnya memadam perkongsian tersebut. Tetapi, seperti biasa, ia direkodkan oleh Malaysian Wireless melalui laman Facebook mereka. Dan kini, U Mobile, mengongsikannya kembali, dan mengatakan “Semua menyukai U”.

Ini boleh dikatakan salah satu jenaka “menarik” yang berlaku dalam arena media sosial pada masa kini – sekaligus mungkin memberi kesedaran, dimana perlunya pelbagai agensi media sosial untuk menyemak media yang digunakan, dan tidak berkongsi gambar daripada pihak lain tanpa kebenaran – apatah lagi jika yang berkongsinya adalah syarikat atau organisasi besar.

Komen