Samsung Dan Google Sedang Membangunkan Android Versi Khas Untuk Telefon Boleh-Lipat

Samsung Dan Google Sedang Membangunkan Android Versi Khas Untuk Telefon Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

Samsung telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka bakal hadir dengan telefon pintar boleh-lipat seawal tahun hadapan. Berbeza dengan telefon boleh-lipat sekitar sedekad yang lepas, rekaan telefon pintar baru daripada Samsung ini menggunakan sebuah skrin fleksibel – sekaligus membolehkan pengguna mengubah ia daripada tablet ke telefon dengan hanya melipatnya.

Kini, laporan lanjut hadir daripada Bloomberg, mengatakan Samsung turut bekerjasama dengan pihak Google dalam membangunkan sebuah Android versi khas untuk peranti berkenaan. Antaramuka akhir peranti berkenaan masih belum ditetapkan lagi buat masa ini.

Laporan sama juga mengatakan Samsung hanya mungkin melancarkannya secara komersil menjelang suku kedua tahun 2019 kelak.

Mengikut desas-desus juga, Samsung dijangka berkongsi lanjut mengenai peranti boleh-lipat mereka menjelang Samsung Developer Conference pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN