Pra-Tempahan OnePlus 6T Di Malaysia Akan Dibuka Pada Minggu Hadapan

Pra-Tempahan OnePlus 6T Di Malaysia Akan Dibuka Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

OnePlus 6T merupakan telefon pintar terbaru daripada OnePlus yang akan dilancarkan secara rasminya pada 29 Oktober ini. Menariknya, kini, pengedar rasmi OnePlus di Malaysia, Mi Han Sdn Bhd turut mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan membuka pra-tempahan untuk telefon pintar OnePlus 6T melalui Lazada bermula 30 Oktober 2018 ini.

OnePlus 6T

Pra tempahan ini akan dilakukan untuk tempoh antara 30 Oktober hingga 7 November kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi jika mengikut trend sebelum ini, ia berkemungkinan bermula pada harga sekitar RM2599.

OnePlus 6T merupakan telefon pintar terbaru OnePlus dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, dilengkapi skrin bertakuk, cip Snapdragon 845, dan mungkin tidak menyertakan bicu audio.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari Isnin ini untuk melihat pelancaran rasmi telefon pintar terbaru OnePlus ini.


TIPS & ULASAN