Syarikat Disebalik TikTok Kini Bernilai Lebih $75 Bilion – Lebih Bernilai Daripada Uber

Syarikat Disebalik TikTok Kini Bernilai Lebih $75 Bilion – Lebih Bernilai Daripada Uber

Diterbitkan pada Okt 26, 2018 oleh .

Tik Tok merupakan salah satu aplikasi yang menjadi kegilaan ramai pengguna muda dan remaja akhir-akhir ini, selain turut menjadi sasaran Facebook untuk hadir dengan penawaran lebih kurang sama. Ini secara tidak langsung turut meningkatkan nilai syarikat disebalik aplikasi berkenaan.

Menurut Bloomberg, Bytedance, syarikat disebalik Tik Tok kini telah menerima suntikan dana sebanyak $3 bilion, menilaikan syarikat mereka mencapai $72 bilion. Ini sekaligus memposisikan Bytedance sebagai lebih bernilai berbanding Uber (yang dinilaikan sekitar $72 bilion sebelum ini).

Bytedance turut mempunyai satu lagi aplikasi popular dibawah mereka, iaitu Toutiao – iaitu sebuah aplikasi memfokuskan penawaran kandungan berita di China. Selain itu, Bytendace juga turut telah mengambil-alih Musical.ly dan mengintegrasikannya bersama Tik Tok sebelum ini.

Suntikan dana ini, sekaligus memposisikan syarikat Bytedance sebagai startup paling bernilai di dunia, dan mendahului pelbagai syarikat teknologi lain yang beroperasi bersendirian, seperti Uber dan sebagainya.


TIPS & ULASAN