Huawei Malaysia hari ini telah pun memulakan jualan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan – iaitu Huawei Mate 20 dan juga Mate 20 Pro.
Kedua-dua telefon pintar terbaru ini hadir dengan sokongan cip Kirin 980 berasaskan binaan 7nm, tri-kamera belakang, dan rekaan yang premium bersama dengannya.
Menarik antara kedua-duanya adalah Mate 20 Pro yang turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, sokongan audio stereo, sokongan pengecasan pantas 40W, ciri pengecasan nirwayar, dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada pengedar Huawei tempatan bermula hari ini pada harga bermula RM2799 untuk Huawei Mate 20, dan RM3599 untuk Huawei Mate 20 Pro.