Carian
GMail Kini Mempunyai Lebih 1.5 Bilion Pengguna Aktif Seluruh Dunia
October 27, 2018 Aman

GMail merupakan salah satu perkhidmatan emel popular yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia. Sejak ia dilancarkan pada 2004 yang lepas, ia telah menerima pelbagai maklumbalas positif – sekaligus berjaya mendahului perkhidmatan lain yang popular suatu ketika dahulu seperti Yahoo! Mail atau Hotmail.

Terkini, Google mengumumkan yang mana GMail mempunyai 1.5 bilion pengguna aktif diseluruh dunia – sekaligus menjadikannya salah satu perkhidmatan emel yang mempunyai angka pengguna yang luas. Angka yang dikongsikan adalah pengguna aktif, dan berkemungkinan angka pengguna berdaftar adalah jauh lebih tinggi. Pada masa yang sama, hendaklah diambil kira juga yang mana beberapa pengguna mempunyai lebih daripada satu akaun GMail.

Dengan angka ini, semestinya selepas ini Google akan terus menyasarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna dinegara-negara membangun lain, sekaligus mengoptimasikan penawaran mereka untuk mesra pengguna, dan menjimatkan data.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan ciri-ciri baru yang bakal hadir pada perkhidmatan emel milik Google ini.

Komen