Cari @ Amanz

Peranti baru yang mula mendapat perhatian pengguna ialah speaker pintar. Google, Amazon dan Apple adalah tiga nama besar di dalam pasaran speaker pintar. Masing-masing mempunyai produk tersendiri bagi menyokong ekosistem peranti berhubung di rumah. Huawei Speaker AI telah dilancarkan di China dan adalah pertaruhan Huawei di dalam arena ini.

Huawei bekerjasama dengan Dynaudio bagi menghasilkan speaker pintar dengan kuasa 10W ini. Enam mikrofon digunakan bagi mengesan suara pengguna. Seperti Google Home, Speaker AI boleh membezakan suara pengguna berbeza yang memberikan arahan. Pada bahagian atas terdapat empat butang fizikal untuk kawalan bunyi, mematikan mikrofon dan panggilan telefon. Di China Huawei Speaker AI dijual pada harga RMB 399 (~RM 240) dengan pilihan warna kelabu dan putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd